A242 VMPP2033 KUMP A ADVANCED LEADERSHIP III
Kursus ini bertujuan mempertingkatkan kemahiran kepemimpinan melalui teori kepimpinan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, bekerja secara berpasukan dan etika dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Kandungan kursus ini merangkumi aspek teori dalam bidang kepimpinan. Pelajar akan mempelajari pengurusan pejabat yang melibatkan fail, memo, laporan, prosedur kerja dan senarai semak serta pengendalian dan pengurusan pejabat. Malah pelajar juga mempelajari perancangan projek, pengurusan kewangan projek sehingga ke proses pelaksanaan projek dilaksanakan. Melalui pembelajaran dan kemahiran yang didedahkan ini, pelajar mampu mempraktikkan kemahiran bekerja dalam persekitaran yang pelbagai serta membina dan mempamerkan keyakinan diri, kemahiran kepimpinan dan kebolehan bekerja secara berkesan dalam satu pasukan.
Lecturer: Prof. Madya Dr. Zainudin Bin Omar -