A241 VMPP1033 KUMP A ADVANCED LEADERSHIP I

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan melalui teori kepimpinan dan aktiviti yang melibatkan kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, kerja berpasukan dan etika dalam menjalankan sesuatu tugas. Kandungan kursus ini merangkumi aspek teori dalam bidang kepimpinan. Pelajar juga diberi peluang untuk membina dan mempamerkan keyakinan diri, kemahiran kepimpinan dan kebolehan bekerja secara berkesan dalam satu pasukan. Malah, mereka juga boleh mengamalkan kemahiran komunikasi secara bertulis dan lisan yang baik selain mempamerkan kemahiran khusus seperti mampu untuk menyelesaikan masalah dengan penyelesaian yang bersesuaian, mampu untuk mengagih dan membuat tugasan secara berkumpulan disamping mengamalkan etika yang bersesuaian melalui pembelajaran yang dipelajari daripada kursus tersebut.