A241 VMPP1043 KUMP A ADVANCED LEADERSHIP II
Kursus ini bertujuan mempertingkatkan kemahiran kepemimpinan melalui asas pengurusan organisasi dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, bekerja secara berpasukan dan etika dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Kandungan kursus ini merangkumi aspek teori dalam bidang kepimpinan. Pelajar juga diberi peluang untuk membina dan mempamerkan keyakinan diri, kemahiran kepimpinan dan kebolehan bekerja secara berkesan dalam satu pasukan. Malah, mereka juga berpeluang mempelajari kemahiran khusus seperti asas kepimpinan dalam organisasi untuk hal pengurusan pejabat, pengurusan fail dan kemahiran menguruskan kewangan yang baik. Disamping itu, pelajar juga didedahkan dengan kemahiran penulisan seperti membuat kertas kerja, surat rasmi, minit mesyuarat, laporan projek dan banyak lagi yang boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah dengan penyelesaian yang bersesuaian ketika berada didalam satu organisasi melalui pembelajaran yang dipelajari daripada kursus tersebut.
Lecturer: Prof. Madya Dr. Massudi bin Mahmuddin -