A213 SBLM4033 KUMP B MALAY LITERATURE

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang genre dalam sastera, khususnya prosa, puisi dan drama. Kursus ini akan menjelaskan konsep, sejarah, dan latar perkembangan sastera Melayu dari zaman klasik hingga era kontemporari. Struktur ekstrinsik dan intrinsik yang merangkumi ciri dan bentuk teks sastera dari pelbagai genre akan turut dibincangkan secara kritis. Pelajar juga akan diperkenalkan dengan tokoh dan pemikiran serta sumbangan mereka dalam persuratan Melayu di samping membincangkan isu-isu kontemporari dalam kesusasteraan.